(Berita) Lima Lelaki Baju Sedondon Rompak Kedai Emas

0


KLANG: Lima lelaki berpakaian sedondon berwarna kuning berjalur merah dan berjaket hitam serta bertopi keledar mengambil masa kurang 40 saat untuk merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya besar di Jalan Kebun di sini, pada Rabu.


Gambar hiasan



Ketua Polis Daerah Klang, ACP Mohamad Mat Yusop berkata dalam kejadian kira-kira 11.50 pagi itu, kumpulan lelaki bersenjatakan tukul besi, parang dan sejenis alat dipercayai pistol meluru masuk ke dalam kedai emas itu lalu memecahkan cermin pameran barangan kemas.


"Ketika kejadian, terdapat seorang pekerja dan pelanggan di dalam premis itu yang sedang berurus niaga. Empat daripada lelaki berkenaan memecahkan cermin pameran manakala seorang lagi mengambil beberapa barangan kemas dianggarkan bernilai RM10,000," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini.


Beliau berkata kumpulan penjenayah itu kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja bernombor pendaftaran CBG 5610 yang merupakan kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Seksyen 15, Shah Alam semalam.


Mohamad berkata kumpulan penjenayah itu yang dianggarkan berumur dalam lingkungan 30-an dipercayai melarikan diri ke arah Kampung Jawa.


"Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), kumpulan penjenayah terbabit masuk dari arah pintu tepi pasar raya berkenaan dan menuju ke kedai emas itu serta melarikan diri mengikut laluan sama.


"Kita juga percaya kumpulan ini baru terbabit dengan aktiviti jenayah berdasarkan cara rompakan mereka serta gagal melarikan barang kemas dalam jumlah yang banyak," katanya.


Beliau berkata kedai emas itu tidak mempunyai pengawal keselamatan.


Mohamad menasihatkan pemilik kedai emas memasang CCTV pada tempat strategik bagi memudahkan kamera berkenaan merakam penjenayah sekiranya berlaku kejadian samun atau rompak.


"Jangan letak (CCTV) terlalu tinggi kerana kamera tidak boleh rakam penjenayah dengan jelas. Pada masa sama, semua pemilik (kedai) diminta lebih berhati-hati terutamanya menjelang musim perayaan," katanya. BERNAMA.


sumber: Mstar Online

Anchor #KlangBlogger bersidang @ Bangi Kopitiam

0


Pertemuan antara anchor-anchor Klang Blogger berlangsung di Bangi Kopitiam, Klang (berdepan dengan AEON Bukit Tinggi). Along (President Klang Blogger) datang dengan awalnya dengan meng-order Sarsi Soda (rasa macam A&W je) kemudian shahroll yang datang dari KLIA seterusnya Lynz yang datang dari jauh, Teluk Pulai =p


sedap jugak...

3 kepala lebih baik dari 1 kepala kan? Maka dengan kapasiti yang ada, kami bertiga selaku anchor untuk penggerak Blogger area Klang membincangkan beberapa perkara yang boleh dilakukan dalam dunia blogging terutamanya untuk daerah Klang.

Gaya President #KlangBlogger kelasssss!!! 

Cik Bendahari #KlangBlogger Lynz!

Ada idea yang OK, ade yang so-so ade yang reject terus. Normal. Perbincangan kami tak lah serius sangat macam dalam pejabat. sangat santai dan diselang-seli dengan ketawa dari Cik Bendahari dan President. Aku ada gak selit2 gelak terbahak2 =p

Antara yang di"perbualkan";

1# Aktiviti review makanan, tempat-tempat yang best di dalam daerah Klang yang belum diselongkar akan diketengahkan dalam blog ini (www.klangblogger.blogspot.com)

2# Objektif dan misi telah pun dikemaskini oleh Cik Bendahari dan shahroll selaku setiausaha agung team #KlangBlogger telah meminitkan di dalam MS Words. =p

Lain-lain tak perlu lah dibentang di alam maya yang terbuka luas ni. Cukup lah hanya anchor-anchor #KlangBlogger mengetahuinya. Jika korang yang diluar sana (terutama blogger Klang) nak join kitorang, MOST WELCOME BEBEH! we rockin kan daerah Klang yang havoc neh!

ENJOY!!

#1 Meet-Up Klang Blogger

0
#1 poster aktiviti Klang Blogger

Hai! Salam semua. Pada hari Sabtu ni kitorang team #KlangBlogger (hastag Twitter) akan berkumpul dan bersantai ilmiah di Bangi Kopitiam, Klang (Wi-Fi laju katanya!)

Mana-mana bloggers sekitar Klang yang FREE TIME masa tu boleh join kami sekali k? Map untuk ke sana boleh lihat SINI.

Poster kat atas tu kalau korang nak letak dalam posting blog ataupun publish mana-mana laman sosial yang lain, dialu-alukan dengan izinnya.

Sesi ilmiah akan di handle sepenuhnya oleh saudara shahroll yang akan berkongsi cerita dan pengalaman serta tunjuk ajar membuat blog (bagi yang baru nak belajar) secara PERCHUMA! (selalu kena bayar =p)

Untuk keterangan lanjut, boleh contact our anchor #KlangBlogger di Twitter:

@shahroll
@fallahalyahya 
@lynzyahmad 

SEBARKAN! Come On Klangrians!! =)

Salam pembuka bicara

0


Assalamualaikum semua,


Alhamdulillah terbitnya satu lagi blog yang bertujuan untuk mengumpulkan para blogger setempat khususnya daerah Klang untuk berkongsi ilmu dan pandangan dalam apa juga topik yang berkaitan melainkan bukan berunsurkan politik dan juga anasir-anasir yang boleh menggugatkan keharmonian.


Klang Blogger belum lagi ada ketua ataupun Presiden tetap, tetapi tangungjawab  itu di pikul oleh blogger Senior di daerah Klang iaitu shahroll (untuk sementara waktu)


Blog ini bakal dibuka kepada moderator-moderator yang akan menyumbangkan artikel-artikel untuk dimuatkan di dalam blog ini.


Antara anchor untuk Klang Blogger buat masa ini adalah saudara @fallahalyahya dan juga saudari @lynzyahmad (Twithandle)

Banyak agenda bakal direncanakan dan sudah ada beberapa perancangan untuk memantapkan Klang Blogger ini. Jika anda punyai Twitter, boleh follow hastag #KlangBlogger di sana.


see you soon!